Jawatan Kosong di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang tersebut di bawah:-

1.Pembantu Undang-Undang L29
2.Penolong Pegawai Tadbir N27
3.Penolong Pegawai Penerangan S27
4.Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi N17

CARA MEMOHON
(a) Borang permohonan boleh didapati daripada:-

Pengurus Kanan
Bahagian Khidmat Pengurusan
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
No. 1, Pesiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Tel: 04-6340111
Fax: 04-6448111

Dengan bayaran tunai RM1.00 atau dalam bentuk Wang Pos RM1.00 (bayar kepada: PDC) dengan mengemukakan sampul surat berukuran 23sm x 11sm bersetem 50 sen dan beralamat sendiri.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 April 2010. Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak.

0 comments:

Post a Comment