Jawatan Kosong di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang telah ditubuhkan bertujuan menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan objektif Perumahan Negara dan Model Ekonomi Baru (NEM). Sebagai salah sebuah penyedia perumahan mampu milik berkualiti yang utama di Malaysia dengan pelbagai projek yang diamanahkan oleh Kerajaan, SPNB mempunyai sumber rangkaian yang komprehensif. Sertai kami dalam mencapai aspirasi SPNB sebagai:

Ketua Juruaudit Dalaman
(Kuala Lumpur)

Tanggungjawab:
•Membuat perancangan, pelaksanaan serta menguruskan isu-isu berkaitan audit seperti yang dijelaskan / termaktub dalam program audit tahunan dan kerja-kerja ad-hoc yang diarahkan oleh Jawatankuasa Audit.
•Mengenalpasti dan melaporkan kelemahan atau isu tidak kepatuhan dan mencadangkan tindakan pembetulan.
•Melaporkan rumusan penemuan audit kepada Jawatankuasa Audit, penekanan terhadap bahagian-bahagian yang perlu diberi perhatian dari segi kelemahan atau proses penambahbaikan serta mengemukakan cadangan untuk tindakan selanjutnya kepada isu-isu yang berkaitan.
Kelayakan:

•Ijazah/Ijazah Kepujian dalam bidang Akaun / Kewangan / Perniagaan
•Kelayakan profesional dalam bidang Audit Dalaman seperti CGAP, CIA, CCSA atau sama dengannya serta berdaftar dengan Institut of Internal Auditors Malaysia (IIA Malaysia)
•Minimum 5 tahun pengalaman dalam bidang pengauditan.
•Boleh bertugas di bawah pengawasan minimum serta mempunyai kemahiran analitikal yang baik.

Pemohon yang berminat hendaklah menghantar butir-butir peribadi yang lengkap termasuk kelayakan akademik/professional, pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon berserta lampiran salinan sijil-sijil, salinan keputusan peperiksaan akhir dan juga sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD
Level 10, Bangunan MAS,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
Attn: Seksyen Sumber Manusia (Unit Perjawatan),
Tel no: 03-2052 3838, Email : info@spnb.com.my

0 comments:

Post a Comment