
Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB)
IKLAN 1
Iklan Kekosongan Jawatan - Juruteknik T/Biasa 'B' Gred TT09 (Elektrik)
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan yang dinyatakan di Bahagian Pembahagian TNB di seluruh Semenanjung Malaysia.
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Lulusan Sijil atau Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) atau Elektrik & Elektronik dari Politeknik tempatan dan universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan (Minimum CGPA 3.00 bagi peringkat Sijil, manakala minimum CGPA 2.60 untuk peringkat Diploma)
- Mempunyai SPM, dengan memperolehi sekurang-kurangnya peringkat 6C dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik serta lulus dalam matapelajaran Bahasa Inggeris
- Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan (tidak menghidap sebarang penyakit kronik)
- Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan
- Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer
- Boleh bekerja dalam satu pasukan
- Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia
- Hanya terbuka kepada calon lelaki sahaja
Calon-calon yang berminat bolehlah membuat permohonan dengan memajukan Borang TNB188C seperti di lampiran, bersama-sama salinan dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan kepada:-
Pengurus Besar (Pengurusan Sumber Manusia & Perkhidmatan Pentadbiran)
Bahagian Pembahagian, TNB
Aras 12, Wisma TNB
No. 19, Jalan Timur
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Dokumen-dokumen berkaitan:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan benar
Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Mei 2010.
Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
IKLAN 2
Iklan Kekosongan Jawatan - Pemandu Tingkatan Biasa
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan yang dinyatakan di Bahagian Penghantaran TNB.
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (lulus sekurang-kurangnya 6 matapelajaran termasuk Bahasa Malaysia)
- Memiliki lesen memandu kelas E yang sah
- Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan (tidak menghidapi sebarang penyakit kronik)
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan
Calon-calon yang berminat bolehlah membuat permohonan dengan memajukan Borang TNB 188C seperti berikut berserta gambar berukuran passport dan salinan dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan kepada:-
Pengurus Besar (Pengurusan Sumber Manusia & Perkhidmatan Pentadbiran)
Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran
Tingkat 5, Bangunan Crystal Plaza
Jalan 51A/223
46100, Petaling Jaya, Selangor
Tarikh tutup permohonan: 7 Mei 2010
Hanya pemohon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
0 comments:
New comments are not allowed.