
Jawatan Kosong di Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Unit Sains Teknologi Dan ICT Johor.
1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
Borang-borang yang sempurna diisi hendaklah disertakan gambar
berukuran pasport terkini dan juga SALINAN PHOTOSTAT, Sijil Beranak, Kad
Pengenalan, Sijil Keputusan Peperiksaan-Peperiksaan, Diploma atau Ijazah
berserta salinan transkrip yang lengkap yang telah diakui salinan sah
(Kumpulan A – Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan B –
Kumpulan Sokongan 1) dan dicatatkan nama jawatan berkenaan di
penjuru kiri atau setiap sampul surat. [Sekiranya permohonan tidak
disertakan syarat sepertimana yang di atas, pihak kami akan menolak
permohonan tersebut).
Calon-calon dikehendaki menyatakan semua kelayakan yang ada semasa
memohon apa jua jawatan yang diiklankan. Kelayakan tersebut hendaklah diisi
di dalam borang USTICT 01/03.
PERMOHONAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:
UNIT SAINS TEKNOLOGI DAN ICT NEGERI JOHOR
ARAS 1, KOMPLEKS MENTERI BESAR, KOTA ISKANDAR,
79503 NUSAJAYA,
JOHOR DARUL TA'ZIM.
SEBELUM ATAU PADA 31 MEI 2010