Jawatan Kosong di Kolej Yayasan Melaka

KYM International a was formed with the belief and understanding that higher education is visit to the progress of the nation. The institution received an auspicious start in 1997 when it was officially opened by then of Minister of education, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak and today the Prime Minister of Malaysia.
KYM International provides quality education and training to global citizens so as to enhance their competitiveness in a global market place.

In line with our expansion program, we require an energenetic and dedicated individual to apply for the following vacancies.

1: LECTURER
Requirements

•Possess at least a Degree in Early Childhood Education
•At least 1 year relevant working experience in education industry
•Possess a high degree of maturity with good interpersonal skill and communication skills
•Proficient in English in communication and writing
Interested candidates are invited to write or email with full resume stating qualifications, contact no, working experience and expected salary together with a recent non returnable passport-size photograph before 25th May 2010 to:

Human Resouce Department
KYM International
1, Jalan Bukit Sebukor
75150 Melaka
or email to : personel@kym.edu.my

Jawatan Kosong di Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Unit Sains Teknologi Dan ICT Johor.

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29

Borang-borang yang sempurna diisi hendaklah disertakan gambar
berukuran pasport terkini dan juga SALINAN PHOTOSTAT, Sijil Beranak, Kad
Pengenalan, Sijil Keputusan Peperiksaan-Peperiksaan, Diploma atau Ijazah
berserta salinan transkrip yang lengkap yang telah diakui salinan sah
(Kumpulan A – Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan B –
Kumpulan Sokongan 1) dan dicatatkan nama jawatan berkenaan di
penjuru kiri atau setiap sampul surat. [Sekiranya permohonan tidak
disertakan syarat sepertimana yang di atas, pihak kami akan menolak
permohonan tersebut).

Calon-calon dikehendaki menyatakan semua kelayakan yang ada semasa
memohon apa jua jawatan yang diiklankan. Kelayakan tersebut hendaklah diisi
di dalam borang USTICT 01/03.

PERMOHONAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:

UNIT SAINS TEKNOLOGI DAN ICT NEGERI JOHOR
ARAS 1, KOMPLEKS MENTERI BESAR, KOTA ISKANDAR,
79503 NUSAJAYA,
JOHOR DARUL TA'ZIM.

SEBELUM ATAU PADA 31 MEI 2010

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negeri Terengganu

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat di MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU yang berkelayakan sahaja bagi memohon jawatan berikut:-

Jawatan : PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN
Kod Gaji : S27
Kod Skim : 2131
Jabatan : MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU

1.Pemohonan mestilah dibuat secara dalam talian sahaja (online). Sebarang permohonan manual tidak akan dilayan.

2.Pemohon yang mengisi borang SPNTRe hendaklah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu sahaja. Pemohon atau bapa pemohon hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu atau pemohon memiliki Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu.

3.Pemohon yang ingin mengisi borang SPNTRe ini hendaklah hanya dari mereka yang benar-benar ingin mengisi kekosongan jawatan di Perkhidmatan Kerajaan Negeri Terengganu.

4.Pastikan maklumat yang benar sahaja diisi di dalam permohonan ini.

5.Pemohon yang ingin mengisi borang SPNTRe hendaklah melayari laman web di alamat http://spn.terengganu.gov.my
Tarikh Tutup : 16 Mei 2010

Jawatan Kosong di Lembaga Lada Malaysia

Permohonan dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berumur melebihi 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong bertaraf kontrak di perkhidmatan Lembaga Lada Malaysia seperti berikut :

1.Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (Kontrak) E 27
2.Pembantu Ehwal Ekonomi (Kontrak) E 17
3.Pembantu Ehwal Ekonomi (Kontrak) E 17

a) Borang permohonan dan syarat lantikan berkaitan mana-mana jawatan tersebut boleh diperolehi di laman web www.mpb.gov.my atau pemohon boleh datang ke Ibu Pejabat atau mana-mana Pejabat Cawangan Lembaga Lada Malaysia di Sarawak.

b) Tarikh tutup ialah : 27 Mei 2010,sebelum jam 4.00 petang. Hantar permohonan kepada;

Ketua Pengarah
Lembaga Lada Malaysia
Peti Surat 1653
93916 Kuching.
(u/p : Cawangan Pengurusan Sumber Manusia)

Jawatan Kosong di Fakulti Kejuruteraan, UPM

Calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

JAWATAN : PEGAWAI SAINS - GRED C41

Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah disertakan bersama dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil persekolahan (termasuk Ijazah dan Diploma jika berkaitan) yang telah disahkan dengan sekeping gambar berukuran pasport.


Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Dekan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan tidak lewat pada 20/5/2010.

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Gerik, Perak

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA BERUMUR TIDAK KURANG DARI 18TAHUN YANG BERKELAYAKAN, KEUTAMAAN AKAN DIBERIKAN KEPADA RAKYAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.

1. Nama Jawatan : Penolong Pegawai Penilaian Gred W27
Bilangan Kekosongan : 1

Permohonan hendaklah melalui borang yang boleh didapati dari laman web www.gerik.gov.my dan sertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:-
i) Sekeping gambar terbaru berukuran pasport ;
ii) Salinan Kad pengenalan ;
iii) Salinan Sijil Diploma;
iv) Salinan Sijil SPM;
v) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
vi) Salinan Surat Perakuan (Testimonial);
vii) Salinan Sijil –sijil akademik/persekolahan;
viii) Lain-lain sijil yang berkaitan;

Alamatkan permohonan ke :-
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH GERIK,
JALAN HAJI MEOR YAHAYA,
33300 GERIK,PERAK.

Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 31 MEI 2010.

Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB)

IKLAN 1

Iklan Kekosongan Jawatan - Juruteknik T/Biasa 'B' Gred TT09 (Elektrik)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan yang dinyatakan di Bahagian Pembahagian TNB di seluruh Semenanjung Malaysia.

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

- Warganegara Malaysia

- Lulusan Sijil atau Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) atau Elektrik & Elektronik dari Politeknik tempatan dan universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan (Minimum CGPA 3.00 bagi peringkat Sijil, manakala minimum CGPA 2.60 untuk peringkat Diploma)

- Mempunyai SPM, dengan memperolehi sekurang-kurangnya peringkat 6C dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik serta lulus dalam matapelajaran Bahasa Inggeris

- Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan (tidak menghidap sebarang penyakit kronik)
- Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan
- Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer
- Boleh bekerja dalam satu pasukan
- Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia
- Hanya terbuka kepada calon lelaki sahaja

Calon-calon yang berminat bolehlah membuat permohonan dengan memajukan Borang TNB188C seperti di lampiran, bersama-sama salinan dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan kepada:-

Pengurus Besar (Pengurusan Sumber Manusia & Perkhidmatan Pentadbiran)
Bahagian Pembahagian, TNB
Aras 12, Wisma TNB
No. 19, Jalan Timur
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Dokumen-dokumen berkaitan:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan benar

Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Mei 2010.

Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

IKLAN 2

Iklan Kekosongan Jawatan - Pemandu Tingkatan Biasa

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan yang dinyatakan di Bahagian Penghantaran TNB.

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (lulus sekurang-kurangnya 6 matapelajaran termasuk Bahasa Malaysia)
- Memiliki lesen memandu kelas E yang sah
- Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan (tidak menghidapi sebarang penyakit kronik)
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan

Calon-calon yang berminat bolehlah membuat permohonan dengan memajukan Borang TNB 188C seperti berikut berserta gambar berukuran passport dan salinan dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan kepada:-

Pengurus Besar (Pengurusan Sumber Manusia & Perkhidmatan Pentadbiran)
Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran
Tingkat 5, Bangunan Crystal Plaza
Jalan 51A/223
46100, Petaling Jaya, Selangor

Tarikh tutup permohonan: 7 Mei 2010

Hanya pemohon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.